alternative

EDISI 01- AMANAH PENJAWAT AWAM DALAM MENJALANKAN TUGAS

Sebagai penjawat awam yang diberikan amanah untuk menjalankan tugas, kita hendaklah berpegang teguh kepada empat (4) nilai teras iaitu Integriti, Kejujuran, Objektiviti, dan Kesaksamaan agar dapat mengukuhkan lagi governans sesuatu jabatan.

alternative

EDISI 02 - JUJURLAH DAN TINGGALKAN DOSA

Penjawat awam hendaklah bersikap jujur dalam bertugas dan tinggalkan amalan berdusta agar hasil daripada titik peluh seseorang itu akan mendapat keredhaan serta mendapat ganjaran pahala.

alternative

EDISI 03 - PENJAWAT AWAM PERLU PANTAS DAN CEKAP DALAM MENJALANKAN TUGAS

Penjawat awam haruslah menghindari 8 Perkara seperti di atas bagi menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta Negara.

alternative

EDISI 04 - PENJAWAT AWAM PERLU MENYANTUNI ORANG AWAM

Dalam menyampaikan perkhidmatan kepada orang awam, penjawat awam tidak seharusnya bersikap acuh tak acuh dalam menyantuni orang awam dan menggunakan bahasa yang kasar dan kesat kerana perkara tersebut akan menjejaskan imej penjawat awam itu sendiri dan jabatan sekali gus memberi impak buruk kepada Kerajaan Negeri.

alternative

EDISI 05 - CUTI ADALAH SUATU KEISTIMEWAAN DAN BUKAN SUATU HAK

Cuti ialah suatu keistimewaan yang diberikan oleh Ketua Jabatan kepada penjawat awam yang ingin rehat bagi tujuan kecekapan dan kepentingan penjawat awam itu sendiri.

alternative

EDISI 06 - MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU BAKU DAN BERADAB SOPAN

Penggunaan bahasa yang sopan dalam memberikan perkhidmatan dapat mencerminkan keperibadian seseorang penjawat awam dan seterusnya menaikkan imej jabatan itu sendiri. Penjawat awam hendaklah menggunakan bahasa yang sopan ketika bertutur agar keharmonian di kalangan kakitangan dan orang awam dapat dikekalkan.